Ahad, 16 Oktober 2011

BAB 2:Khayal...

Tadi Ina menerima sms dari buah hatinya, Suhaimi. Suhaimi mengajaknya keluar ke pekan petang ini kerana ada fun fair yang akan dibuka malam ini. Kebetulan ibu bapa Ina puylang ke kampung kerana ada urusan keluarga. Ina pun bersetuju untuk keluar dengan Suhaimi. Petang itu, tepat jam 4.30 petang, Suhaimi tiba di tempat yang telah mereka janjikan. Pada petang itu, Suhaimi hanya menaiki motorsikal kerana keretanya mengalami sedikit kerosakan enjin. Pada awalnya ina berasa terkejut kerana Suhaimi hanya datang membawa motosikal. Namun ina tidak kisah, yang penting bagi Ina adalah dapat keluar bersama buah hatinya Suhaimi.

Pada petang itu, cuaca amat elok sekali. Ina dan Suhaimi menikmati keindahan petang itu dengan hati yang berbunga-bunga. Pada petang itu mereka pergi menonton wayang dipekan. Kebetulan terdapat cerita baru keluar. Mereka memilih untuk menonton cerita ‘ompueh’. Cerita mengenai kisah cinta yang disulamkan perit getir ranjau kehidupan disebuah kota besar. Mereka menonton wayang pada jam 4petang dan habis dalam anggaran pukul 6petang. Selepas menonton wayang, mereka pergi menikmati makanan di sebuah gerai yang terkenal.

Setelah selesai makan, mereka segera ke tempat yang telah dirancang petang tadi iaitu ke fun fair di pekan. Ramai orang di sana ketika itu. Keadaan yang riuh rendah membuatkan lorong untuk berjalan menjadi hiruk-pikuk. Ketika di fun fair, mereka bermain bermacam-macam permainan yang ada. Mereka berjalan sambil berpegangan tangan. Pada waktu itu Ina merasakan malam itu amat indah sekali. Kerana dia dapat bermanja dan bermesra dengan buah hati pengarang jantungnya Suhaimi. Mereka berseronok pada malam sehingga leka dan tidak sedar bahawa hari telah larut malam. Pada jam 1pagi, mereka mengambil keputusan untuk pulang. Seperti biasa, Suhaimi akan menghantarnya pulang kerumah.

Pada ketika itu, hari mulai muruk. Hujan mulai renyai-renyai dan membasah mereka. Disebabkan hujan renyai-renyai sahaja, dia mengambil keputusan untuk meredah sahaja hujan itu. Namun, dipertengahan jalan hujan mulai lebat. Suhaimi mengambil keputusan untuk berteduh di sebuah pondok usang yang terdapat di tepi kebun ketika perjalanan pulang. Ketika itu suhaimi menyatakan kekesalan membawa motosikal hari itu. Ina cuba memujuk dengan mengatakan bukan salah suhaimi membawa motor pada hari itu, ina mengatakan bahawa sudah nasib hari hendak hujan. Kemudian mereka mengambil keputusan untuk berehat di dalam pondok itu.

Disebabkan kesejukan kerana dibasahi dek hujan tadi, Ina merasa amat sejuk. Lalu Suhaimi memeluk Ina untuk mengurangkan kesejukan Ina. Ketika itu tanpa disedari Ina hendak memberikan ciuman dimulut Suhaimi, namun Ina segera tersedar. Pabila disedari oleh Suhaimi, Suhaimi cuba meminta Ina untuk bercumbu ketika itu. Ina cuba menolak namun akhirnya kalah dik pujuk rayu Suhaimi ketika itu. Ketika bercumbu Suhaimi mengambil peluang untuk mengambil dara Ina. Ketika ini, Ina cuba sedaya upaya mempertahankan mahkotanya itu. Namun seperti biasa, Ina termakan pujuk rayu Suhaimi. Mereka pun melayarkan bahtera haram pada malam itu didalam kesejukan malam ditambah hari hujan. Sudah pasti mereka menghayati dan dan menikmati perlayaran mereka yang mereka tidak sedar betapa besar dosa yang mereka lakukan pada ketika itu.

Pabila hari mulai reda, mereka mengambil peluang untuk pulang pada malam itu juga. Setelah sampai dirumah Ina, mereka bercumbu sekali lagi. Kemudian Suhaimi pun pulang kerumah, kebetulan malam itu tiada kerukunan tertangga yang menjaga dan mengawasi kampong. Setelah Ina selesai mandi, dia merenung dirinya dicermin. Terlahirlah mutiara kecil dikelopak matanya, dia berasa sedih dan menyesal atas perbuatannya malam itu. Hanya beberapa saat sahaja dia telah hanyut dalam godaan asmara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan