Ahad, 16 Oktober 2011

BAB 1: Nasib Baik

9.45a.m.. Itulah waktu yang terpapar di jam tangan rolex kegemaran Rie yang dihadiahkan oleh ummi dan dato sempena ulang tahunnya yang ke-23. 29 februari ini genaplah umur Rie 27 tahun. Rie menunggu gilirannya disitu hampir 30minit. “Encik Tengku Fazroul Fazry bin Tengku Khairil” seorang jururawat memanggil nama pesakit. Akhirnya gilirannya tiba. Rie melangkah dengan penuh longlai dan lemah. Apabila dia melangkah kaki ke dalam bilik pemeriksaan untuk bertemu doktor, kepalanya terasa amat berat dan dunia terasa berpusing-pusing. Sampai sahaja dia di kerusi yang disediakan, dia terus duduk tanpa menunggu dipelawa oleh doktor. Di dada belah kiri doktor itu terdapat sebuah tag nama yang berukir nama Dr. Azhar. Dr. Azhar bertanyakan kepada Rie apakah sakit yang dihadapi olehnya, Rie menerangkan kepada doktor mengenai sakit yang dihadapinya.

“Kepala saya dari semalam terasa berat doktor. Saya dah makan ubat sakit kepala tapi tidak kurang juga. Saya pun berasa hairan.” Rie menjelaskan. Doktor mengangguk setelah mendengar penerangan Rie. “Saya pun tidak pasti mengenai penyakit awak ini, jadi saya cuba bagi ubat yang sesuai. Tetapi sekiranya dalam 1 atau 2 hari tidak kurang, datang kembali.” Terang doktor dengan panjang lebar. Rie hanya mampu mengangguk sahaja.

Rie kembali melangkah keluar dari bilik berkenaan setelah doktor berkenaan selesai memeriksa Rie. Doktor menasihati Rie agar berhati-hati. Lebih-lebih lagi ketika memandu. Rie memandu dengan hati yang risau kerana dirinya tidak beberapa sihat. Sampai sahaja Rie dirumah, dia terus meminta mak tom membuatkan nasi goreng kerana tekaknya teringin menikmati nasi goreng jawa yang di sediakan oleh orang jawa asli. Sementara menunggu nasi goreng siap dimasak, Rie merebahkan badan diatas kerusi cleopatra duku yang menjadi kesukaannya. Itulah satu-satunya perabut jati yang ditempah sendiri olehnya di kedai perabut jati yang biasa umminya tempah. Maklumlah datin syarifah memang seorang pencinta dan peminat perabut jati. Jika disebut nama ummi syarifah, semua kedai perabut jati kenal. Hampir semua perabut dirumah itu merupakan barangan jati dan di tempah mengikut rekaan datin sendiri. Yang menariknya, rekaan ummi selalunya mendapat pujian dari pencinta barangan jati yang lain kerana rekaannya cantik, mengikut gaya terkini dan mempunyai tema tersendiri. Boleh dikatakan ummi sentiasa ada rekaan untuk beliau menempah perabut pada bila-bila masa.

“Rie, nasi goreng sudah siap. Mak tom telah hidangkan diatas meja makan. Adakah Rie mahu Mak Tom bawanya ke mari?” soal mak Tom.

“Tidak perlulah Mak Tom, sebentar lagi saya pergi sendiri. Terima kasih Mak Tom. Lupa pula, Mak Tom tolong buatkan saya air limau ais. Tekak ni rasa tidak sedap sahajalah. Kemudian bawakan saya air suam sekali ya, saya mahu makan ubat.” pinta Rie.

“ha, ubat? Kamu tidak sihat ke Rie? Sudah pergi klinik?” tanya Mak Tom bertubi-tubi. “Cuma pening sikit saja Mak Tom, sudah pergi tadi. Mak Tom jangan beritahu ummi ya.” pinta Rie lagi.

Selesai makan Rie naik ke biliknya. Dia ingin merehatkan fikiran dan badannya, yang letih digasak dek virus yang membawa penyakit. Ketika dia sedang baring, dia teringat peristiwa yang nyaris-nyaris meragut nyawanya tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan