Pagi tadi, nyaris- nyaris Rie terlangar kereta semasa dalam
perjalanan pulang. Dia tidak perasan lampu isyarat telah bertukar merah, mujur
dia sempat menekan brek. Dalam dia termenung memikirkan hal tadi, dia
dikejutkan oleh kehadiran adiknya Tengku Qalesyah Zarirah. Adiknya berasa
hairan, tentang abangnya itu kerana telah 5minit dia berada didepan Rie namun
Rie sedikit pun tidak menyedarinya. ‘adik ni, cuba ketuk pintu dulu sebelum
masuk. Ini tidak main terjah je’ kata Rie. ‘ hello, berpuluh kali adik ketuk
tau. Selamat tak pecah pintu tu adik ketuk. Ni adik nak Tanya, abang nie
kenapa. Ada masalah ke? Adik tengok dari tadi khusyuk termenung. Sampai adik
masuk pun abang tak perasan. Kalau ada masalah ceritalah.’ Jawab adiknya sambil
menolak kaki abangnya itu untuk dia duduk disebelah abang kesayangannya itu.
Rie hanya mampu tersenyum. ‘ adik, adik ada kerja tak esok? Ikot abang jom,
kita pergi bercuti kat villa. Abang nak pergi ambil gambarlah dekat pantai itu,
nak letak dekat kafe abang. Jomlah. Teman abang ea.’ Kata Rie lagi. ‘ tak
habis-habis dengan gambar dia. Yelah-yelah, boleh ambil gambar untuk majalah
adik sekali. Abangkan fotografer terbaik syarikat adik. Hihihi. Pukul berapa
nak bertolak? Berapa hari? Dah cakap dekat ummi?’ Tanya Lesya bertubi-tubi. ‘ macam
inilah adik abang, kita bertolak lepas asar. Mungkin 2 atau 3 hari kot, ummi
belum tahu. Adik cakaplah kat ummi, adikkan anak kesayangan ummi.’ Pinta Rie
sambil tersenyum. ‘yelah.’ Jawab Lesya ringkas lalu keluar.
“ Rie… turun sekejap ” jerit Ummi dari tingkat bawah. “ ada
apa ummi?” Tanya Rie sambil bergegas turun. “kamu nak pergi Villa? Dengan Lesya?
Ada apa? Apa angin kamu nak pergi Villa ni?” Tanya ummi bertubi-tubi. “ Mula
dah Ummi ni.” Kata Rie dalam hati. “ ya Ummi. Dengan Lesyalah Ummi, dengan
siapa lagi. Saja nak rehatkan fikiran, lagipun Rie nak ambil gambar untuk letak
dekat kafe Rie. Lesyapun sibuk suruh amik gambar untuk Majalah dia. Bolehkan
Ummi?” Jawab Rie panjang lebar. Ummi hanya mengangguk tanda memberi kebenaran.
Tepat jam
5petang, bunyi hon kereta membuatkan Lesya menjadi kelam- kabut kerana dia tahu
itu bunyi hon kereta milik abangnya. Dia yakin abangnya pasti sudah menunggu
dalam kereta. Lantas dia menjerit dari tingkap biliknya “ sekejap…”. Dia mengeluh
kerana dia tahu, dia bakal menerima leteran Ummi sebentar lagi kerana lambat. Selepas
itu, abangnya pula akan menyambung leteran semasa didalam kereta nanti. “adik
ni selalu lambat, nanti lambat pula sampai Villa. Takut Mak Zal dah tidur
nanti. Tahu tak sebenarnya abang nak balik ni sebab hari ini hari lahir Mak
Zal? Abang nak buat kejutan buat dia sebenarnya. Kek abang dah beli, hadiahpun
abang dah beli.” Leteran abangnya Rie bermula. Barulah Lesya teringat hari ini
hari lahir Mak Zal, pembantu rumah mereka yang ditugaskan menjaga Villa. “ alamak
abang, adik lupa… adik tak ada hadiahlah nak bagi kat Mak Zal. Abang tak
ingatkan adik awal-awal. Sekejap lagi masa nak pergi ambil kek, singgah Jakel
tau, adik nak belikan mak Zal kain.” Pinta Lesya.
“
Assalamualaikum… Mak Zal… oh Mak Zal… “ panggil Rie. “ Waalaikumusalam… Eh Rie
dengan Lesya. Berdua saja? Ummi mana? Tak ikut sekali ke?” jawab Mak Zal dengan
nada terkejut. “ berdua saja Mak Zal. Ummi tak ikut, Ummi ada mesyuarat esok.” Jawab
Lesya. “ kamu nie, kalau nak datang cakaplah dulu. Boleh mak Zal masak udang
lipan untuk kamu berdua. Sekejap ye, Mak Zal nak tanya Pak hamid kalau-kalau
dia ada dapat udang lipan. Dia baru balik dari laut tadi. Kamu masuklah dulu,
barang- barang nanti Mak Zal suh anak mak Zal angkat.. Jali… Aini.. sini kejap,
tolong angkatkan barang abang Rie dengan Kak Lesya ni.” Arah Mak Zal kepada
anaknya, lalu melangkah ke rumah Pak Hamid dengan penuh semangat. Ketika inilah
mereka memulakan operasi membuat persediaan untuk memberi kejutan kepada Mak
Zal. Anak-anak mak Zal telah mengetahui mengenai hal ini, mereka turut telah
membuat sedikit persediaan. Sebenarnya Pak Hamid juga mengetahui mengenai hal
ini. Rumah Pak Hamid terletak sebelah rumah Mak Zal berdekatan dengan Villa.
“
Selamat hari jadi, selamat hari jadi, selamat hari jadi Mak Zal. Selamat hari
jadi.” Nyanyian itu mengejutkan Mak Zal yang pulang dari rumah pak Hamid. “
kamu semua ni, ada sahaja.” Biacara Mal Zal dengan nada terkejut bercampur
terharu. Hanya ucapan terima kasih yang mampu diucap ketika itu. Kek Secret Recipe juadah mereka malam itu.
Tidak lupa juga hidangan istimewa yang dibawa oleh Pak Hamid. Malam itu, terukir
senyuman diwajah Mak Zal. Selepas itu, masing-masing memberikan hadiah mereka
kepada Mak Zal. Jali dan Aini menghadiahi ibunya seutas jam tangan. Rie pula
memberikan selendang tenun jawa yang dibelinya di Jakarta ketika pergi bercuti
disana bulan lepas. Lesya pula telah mengkabulkan hasrat Mak Zal untuk membeli
baju kebaya labuh yang telah menjadi idaman Mak Zal. Malam itu mak Zal
kelihatan sangat gembira kerana dia tidak menjangka mereka akan datang
menyambut hari lahirnya yang ke 50.
Malam itu,
setelah selesai mengemas villa selepas menyambut hari lahir Mak Zal, Rie pergi
ke pantai untuk mengambil angin. Sedang dia menghayati suasana malam yang
diterangi bulan purnama. Dia mendapat ilham untuk menukar dekorasi kafe
miliknya itu. Dia bercadang hendak mengubah tema kafenya yang moden dan bertema
barat kepada suasana santai dan menyegarkan. Ketika Rie berjalan menyusuri
pantai itu, dia terpandang unggun api di bawah sebuah pokok yang menjadi tempat
permainannya suatu ketika dahulu. Dia terlihat seperti terdapat seseorang di
sana. Setelah dia mendekati pokok itu, baru dia perasan yang sedang duduk
disitu adalah kawan sepermainannya suatu ketika dahulu. Mereka jarang bertemu
kerana Rie jarang datang ke villa itu selepas peristiwa yang memberi kesan yang
mendalam pada dirinya. Rie berbual seketika sebelum berjalan pulang kerana
telah jauh dia berjalan dari villa. Tambahan hari telah larut malam.