Sabtu, 15 Disember 2012

BAB 3: Kawan Lama


Pagi tadi, nyaris- nyaris Rie terlangar kereta semasa dalam perjalanan pulang. Dia tidak perasan lampu isyarat telah bertukar merah, mujur dia sempat menekan brek. Dalam dia termenung memikirkan hal tadi, dia dikejutkan oleh kehadiran adiknya Tengku Qalesyah Zarirah. Adiknya berasa hairan, tentang abangnya itu kerana telah 5minit dia berada didepan Rie namun Rie sedikit pun tidak menyedarinya. ‘adik ni, cuba ketuk pintu dulu sebelum masuk. Ini tidak main terjah je’ kata Rie. ‘ hello, berpuluh kali adik ketuk tau. Selamat tak pecah pintu tu adik ketuk. Ni adik nak Tanya, abang nie kenapa. Ada masalah ke? Adik tengok dari tadi khusyuk termenung. Sampai adik masuk pun abang tak perasan. Kalau ada masalah ceritalah.’ Jawab adiknya sambil menolak kaki abangnya itu untuk dia duduk disebelah abang kesayangannya itu. Rie hanya mampu tersenyum. ‘ adik, adik ada kerja tak esok? Ikot abang jom, kita pergi bercuti kat villa. Abang nak pergi ambil gambarlah dekat pantai itu, nak letak dekat kafe abang. Jomlah. Teman abang ea.’ Kata Rie lagi. ‘ tak habis-habis dengan gambar dia. Yelah-yelah, boleh ambil gambar untuk majalah adik sekali. Abangkan fotografer terbaik syarikat adik. Hihihi. Pukul berapa nak bertolak? Berapa hari? Dah cakap dekat ummi?’ Tanya Lesya bertubi-tubi. ‘ macam inilah adik abang, kita bertolak lepas asar. Mungkin 2 atau 3 hari kot, ummi belum tahu. Adik cakaplah kat ummi, adikkan anak kesayangan ummi.’ Pinta Rie sambil tersenyum. ‘yelah.’ Jawab Lesya ringkas lalu keluar.
“ Rie… turun sekejap ” jerit Ummi dari tingkat bawah. “ ada apa ummi?” Tanya Rie sambil bergegas turun. “kamu nak pergi Villa? Dengan Lesya? Ada apa? Apa angin kamu nak pergi Villa ni?” Tanya ummi bertubi-tubi. “ Mula dah Ummi ni.” Kata Rie dalam hati. “ ya Ummi. Dengan Lesyalah Ummi, dengan siapa lagi. Saja nak rehatkan fikiran, lagipun Rie nak ambil gambar untuk letak dekat kafe Rie. Lesyapun sibuk suruh amik gambar untuk Majalah dia. Bolehkan Ummi?” Jawab Rie panjang lebar. Ummi hanya mengangguk tanda memberi kebenaran.
                Tepat jam 5petang, bunyi hon kereta membuatkan Lesya menjadi kelam- kabut kerana dia tahu itu bunyi hon kereta milik abangnya. Dia yakin abangnya pasti sudah menunggu dalam kereta. Lantas dia menjerit dari tingkap biliknya “ sekejap…”. Dia mengeluh kerana dia tahu, dia bakal menerima leteran Ummi sebentar lagi kerana lambat. Selepas itu, abangnya pula akan menyambung leteran semasa didalam kereta nanti. “adik ni selalu lambat, nanti lambat pula sampai Villa. Takut Mak Zal dah tidur nanti. Tahu tak sebenarnya abang nak balik ni sebab hari ini hari lahir Mak Zal? Abang nak buat kejutan buat dia sebenarnya. Kek abang dah beli, hadiahpun abang dah beli.” Leteran abangnya Rie bermula. Barulah Lesya teringat hari ini hari lahir Mak Zal, pembantu rumah mereka yang ditugaskan menjaga Villa. “ alamak abang, adik lupa… adik tak ada hadiahlah nak bagi kat Mak Zal. Abang tak ingatkan adik awal-awal. Sekejap lagi masa nak pergi ambil kek, singgah Jakel tau, adik nak belikan mak Zal kain.” Pinta Lesya.
                “ Assalamualaikum… Mak Zal… oh Mak Zal… “ panggil Rie. “ Waalaikumusalam… Eh Rie dengan Lesya. Berdua saja? Ummi mana? Tak ikut sekali ke?” jawab Mak Zal dengan nada terkejut. “ berdua saja Mak Zal. Ummi tak ikut, Ummi ada mesyuarat esok.” Jawab Lesya. “ kamu nie, kalau nak datang cakaplah dulu. Boleh mak Zal masak udang lipan untuk kamu berdua. Sekejap ye, Mak Zal nak tanya Pak hamid kalau-kalau dia ada dapat udang lipan. Dia baru balik dari laut tadi. Kamu masuklah dulu, barang- barang nanti Mak Zal suh anak mak Zal angkat.. Jali… Aini.. sini kejap, tolong angkatkan barang abang Rie dengan Kak Lesya ni.” Arah Mak Zal kepada anaknya, lalu melangkah ke rumah Pak Hamid dengan penuh semangat. Ketika inilah mereka memulakan operasi membuat persediaan untuk memberi kejutan kepada Mak Zal. Anak-anak mak Zal telah mengetahui mengenai hal ini, mereka turut telah membuat sedikit persediaan. Sebenarnya Pak Hamid juga mengetahui mengenai hal ini. Rumah Pak Hamid terletak sebelah rumah Mak Zal berdekatan dengan Villa.
                “ Selamat hari jadi, selamat hari jadi, selamat hari jadi Mak Zal. Selamat hari jadi.” Nyanyian itu mengejutkan Mak Zal yang pulang dari rumah pak Hamid. “ kamu semua ni, ada sahaja.” Biacara Mal Zal dengan nada terkejut bercampur terharu. Hanya ucapan terima kasih yang mampu diucap ketika itu. Kek Secret Recipe juadah mereka malam itu. Tidak lupa juga hidangan istimewa yang dibawa oleh Pak Hamid. Malam itu, terukir senyuman diwajah Mak Zal. Selepas itu, masing-masing memberikan hadiah mereka kepada Mak Zal. Jali dan Aini menghadiahi ibunya seutas jam tangan. Rie pula memberikan selendang tenun jawa yang dibelinya di Jakarta ketika pergi bercuti disana bulan lepas. Lesya pula telah mengkabulkan hasrat Mak Zal untuk membeli baju kebaya labuh yang telah menjadi idaman Mak Zal. Malam itu mak Zal kelihatan sangat gembira kerana dia tidak menjangka mereka akan datang menyambut hari lahirnya yang ke 50.
                Malam itu, setelah selesai mengemas villa selepas menyambut hari lahir Mak Zal, Rie pergi ke pantai untuk mengambil angin. Sedang dia menghayati suasana malam yang diterangi bulan purnama. Dia mendapat ilham untuk menukar dekorasi kafe miliknya itu. Dia bercadang hendak mengubah tema kafenya yang moden dan bertema barat kepada suasana santai dan menyegarkan. Ketika Rie berjalan menyusuri pantai itu, dia terpandang unggun api di bawah sebuah pokok yang menjadi tempat permainannya suatu ketika dahulu. Dia terlihat seperti terdapat seseorang di sana. Setelah dia mendekati pokok itu, baru dia perasan yang sedang duduk disitu adalah kawan sepermainannya suatu ketika dahulu. Mereka jarang bertemu kerana Rie jarang datang ke villa itu selepas peristiwa yang memberi kesan yang mendalam pada dirinya. Rie berbual seketika sebelum berjalan pulang kerana telah jauh dia berjalan dari villa. Tambahan hari telah larut malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan